Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Saturday, November 22, 2014

Musibah Gering

Membuatkan aku ingat akan mati,
Pastinya diri akan terketar sendiri,
Kerna aku tak mampu lagi utk mandiri,
Di jalan yg sukar luas menanti,
Sungguh takut. Sungguh aku takut.

Sakit ini siapa yang tahu?
Bila tahu, siapa yang peduli.
Kerna hakikatnya aku adalah aku.
Mereka takkan jadi aku.
Sungguh takut. Sungguh aku takut.

Sakit ini mmg sangat berbisa,
Bahkan sakitnya boleh jd luar biasa,
Allahul Aalim punya rencana,
Aku tak mampu menolak rahsiaNya,
Kerna aku hanya hamba biasa.

Harapanku husnul khotimah,
Tiada lain yg ku inginkan,
Sakit membuat aku kuat,
kerna "rasa"nya mmbuat aku rasa
Seperi hamba yg tak punya apa-apa
Aku tak mampu mengawal
kerna sakit ini Dia yg kawal
Maka doa dan usaha yg mampu aku war-war
Supaya aku bisa mati dalam kedaan yang awal--
Awal iaitu aku sempat menjaga ibubapaku
Awal iaitu aku mampu berbakti pd ibubapaku
Awal iaitu aku mampu mengambil kunci syurga daripada ibubapa ku utk ke firdausi
Dan membawa mereka bersamaku inshaaAllah.

-CN

0 comments:

Post a Comment