Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Saturday, December 27, 2014

Inikah namanya rindu?

Rindu yang berkumpul di hati
Rindu yang mampu membuat hati meronta-ronta
Rindu yang ingin melepaskan semua
Supaya lega rasa
Namun tak menjadi apa
Kerana takdirNya Maha Berkuasa
Aku dan dia jauh waktu dan masa


Tak pernah aku dia menjauh
Tak pernah sepi menakluk rasa
Sehingga mimpi bertaut kasih
Aman bahagia dapat berjumpa
Walaupun hanya sekadar fana yang menjelma


Rindunya pada insan yang luar biasa ini
Allah mohon jaga dia
Alah mohon lindung dia
Allah mohon redha dia
Allah... mohon semua yang terbaik utk dia...
:(

Aku terlalu rindu dia Ya Allah....
Sepenuh hati aku Ya Allah....
Hingga air mata ini seakan habis dan tak mampu mengalir lagi...
Kerna dia selalu muncul dalam minda dan khayal


Allah.. cepatkanlah dia ke pangkuanku..
Allah.. aku mahu berbakti kpdnya..
Allah.. aku mahu menyuap makanan di mulutnya...
Allah... aku mahu doanya yg sentiasa mendoakan aku...
Allah... aku mahu berada di sampingnya....
Allah....... Allahu Rohman.. Allahu Rohim....


Inikah namanya rindu?
Rindu pada insan yang ku sayangi, Che Norma@Azizah binti Che Muhammad. aka CIKJAH aka TOKWEY (T______T)


-CN


** Selamatkanlah Cikjah Ya Allah..... **


Friday, December 19, 2014

kerudung kepala

Tersenyum kecil aku bila terdengar ura-ura
apalagi kalau bukan pasal kerudung
yang mampu membuat org bergegar
kerana masih tak mampu memagari hati
daripada bersidang benda yang tak pasti

Tudung dikatanya salah
Tudung dikatanya hipokrit
Tudung dikatakan menutup salah sendiri
Tudung dikatakan riak
Tudung dikatanya berlagak
Tudung dikatakan muncul kelompok assobiyah

Senang juga alasanmu
Mudah benar kata-katamu
Cerdik juga pikiranmu yg cetek itu

Hingga mampu mengeluarkan bait itu
bait kata yg rosak
bait kata yg hancur lebur
hancur dek kerana hatimu belum bersedia
walhal sebelum lahir kamu sudah berikrar
berikrar dengan yang Esa

Hingga mampu mengungkit pakaiannya
kerana sang bertudung itu tak mampu jaga katanya
tiada kena mengena aku bilang
tudung itu tudung
lidah itu lidah
Jangan samakan tudung yg indah dengan lidah yang meratah
kerana hakikatnya tiada yang sama
cuma pastinya dirinya juga sedang berusaha
supaya seiring tingkahlaku dan juga tuntutan syari'at bukan nafsu

-CN