Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Saturday, November 22, 2014

Musibah Gering

Membuatkan aku ingat akan mati,
Pastinya diri akan terketar sendiri,
Kerna aku tak mampu lagi utk mandiri,
Di jalan yg sukar luas menanti,
Sungguh takut. Sungguh aku takut.

Sakit ini siapa yang tahu?
Bila tahu, siapa yang peduli.
Kerna hakikatnya aku adalah aku.
Mereka takkan jadi aku.
Sungguh takut. Sungguh aku takut.

Sakit ini mmg sangat berbisa,
Bahkan sakitnya boleh jd luar biasa,
Allahul Aalim punya rencana,
Aku tak mampu menolak rahsiaNya,
Kerna aku hanya hamba biasa.

Harapanku husnul khotimah,
Tiada lain yg ku inginkan,
Sakit membuat aku kuat,
kerna "rasa"nya mmbuat aku rasa
Seperi hamba yg tak punya apa-apa
Aku tak mampu mengawal
kerna sakit ini Dia yg kawal
Maka doa dan usaha yg mampu aku war-war
Supaya aku bisa mati dalam kedaan yang awal--
Awal iaitu aku sempat menjaga ibubapaku
Awal iaitu aku mampu berbakti pd ibubapaku
Awal iaitu aku mampu mengambil kunci syurga daripada ibubapa ku utk ke firdausi
Dan membawa mereka bersamaku inshaaAllah.

-CN

Monday, November 10, 2014

Angin

Kuasa yang luar biasa
Dengan hanya tiupan manja
Mampu mengheret segala isi bumi
Bahkan pelusuk makhlukNya bisa terjerat


Kuasa yang tak mampu kita jangka
Bila panas, ia mampu menyejukkan
Bahkan sejuknya menyegarkan
Segarnya itu tiada tandingan
hingga mampu menusuk di dalam saluran darah yang terasa seperti ais


Namun tak semudah itu
Angin mampu menjadi ombak yg kencang
Bila kilat dan guruh turut serta
Mampu mengherdik insan yg lalai
Sergahan yg mampu membuat manusia berfikir
Namun sangat sedikit org yg berfikir
Apatah lagi mahu bersyukur


Apakah manusia mampu melawan?
Dengan bersumberkan akal semata
Mana mungkin angin tertewas
kerna angin juga dariNya, harus awas!


Angin mampu menjadi pendamping yg mendamaikan
Namun, bila-bila masa angin bisa mengumpulkan segala pekakas bumi yang mampu membinasakan,
semuanya dariNya
Angin itu hanya asbabnya yang pasti.


-CN

Thursday, November 6, 2014

Aku Mampu

Keheningan malam yang membawa kepada siang
Berlaku satu putaran yang berulang-ulang
Menyingkap di luar jendela
Mataku masih terpana akan keajaiban dunia


Seolah-olah dunia berhenti seketika
Hanya masa untuk aku dan Dia
Air mata mula ikut jejak..
Aku bagaikan objek pegun yang terpaku di situ


Kerna aku tak mampu buat apa-apa
Aku masih mencari fitrah aku sebagai hamba
Aku hamba yang hina
Hamba yang masih di bawah ajakan nafsu
Serta godaan Syaitonirrojim


Aku sedar tapi hakikatnya.. aku masih tak mampu...
Aku masih tak kuat..
Pinjamkan aku kekuatan itu Ya Robb..
Walau sekelumit rasa dan tenaga...
Ya Robb pinjamkan aku kekuatan itu..


Ya Robb
Pinjamkan aku
Kerna aku juga adalah pinjaman dari-Mu...


-CN