Click Here For Free Blog Backgrounds!!!
Blogaholic Designs

Friday, December 19, 2014

kerudung kepala

Tersenyum kecil aku bila terdengar ura-ura
apalagi kalau bukan pasal kerudung
yang mampu membuat org bergegar
kerana masih tak mampu memagari hati
daripada bersidang benda yang tak pasti

Tudung dikatanya salah
Tudung dikatanya hipokrit
Tudung dikatakan menutup salah sendiri
Tudung dikatakan riak
Tudung dikatanya berlagak
Tudung dikatakan muncul kelompok assobiyah

Senang juga alasanmu
Mudah benar kata-katamu
Cerdik juga pikiranmu yg cetek itu

Hingga mampu mengeluarkan bait itu
bait kata yg rosak
bait kata yg hancur lebur
hancur dek kerana hatimu belum bersedia
walhal sebelum lahir kamu sudah berikrar
berikrar dengan yang Esa

Hingga mampu mengungkit pakaiannya
kerana sang bertudung itu tak mampu jaga katanya
tiada kena mengena aku bilang
tudung itu tudung
lidah itu lidah
Jangan samakan tudung yg indah dengan lidah yang meratah
kerana hakikatnya tiada yang sama
cuma pastinya dirinya juga sedang berusaha
supaya seiring tingkahlaku dan juga tuntutan syari'at bukan nafsu

-CN

0 comments:

Post a Comment